Jul 30, 2009

Return and exchange policy

Salam sis,

huhu just nak inform, kebelakangan ni, kami terima banyak customer yang pulangkan baju. Ada berbagai-bagai sebab. Kalau yg tak kena saiz, atau baju tu ada defect, bole la tukar. Tapi kalau saja2 nak tukar sebab ada baju lain yg lagi cantik, mintak maaf la. kami tak dapat nak kasi tukar macam tu.

so, before order tu, sis better make sure dulu saiz yg tepat. email kami tanya kalau tak pasti size. kalau tak pasti baju tu materialnya apa, email jugak. biar confident semua, then baru bayar. lagipun, kalau sis nak tukar baju, atau nak pulangkan baju, kos postage tu sis jugak yg tanggung. dok ulang-alik poslaju, sis pun dah rugi RM12.

rasanya eightDesigns akan buat policy baru yg lebih jelas and lebih strict lepas ni. Sama macam blog orang lain jugak. sekarang ni kami lembut hati sangat, so banyak itu ini yg jadi.

err harap faham la semuanya huhu. btw, kami ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan penghargaan kepada semua customer yg dah beli dari eightDesigns. kalau nak senaraikan semua nama setiap seorang kat sini, tak larat pulak . kami betul2 menghargai anda semua ;)

No comments:

Post a Comment