Oct 23, 2009

Hugs from eightDesigns

Salam darlings! lama rasanya sue tak menulis kat blog eightDesigns ni. selama ni yg dok upload baju baru dan reply email tu semua Amna yg buat. Amna tu staff eightDesigns yg baru. baru aje start keje dalam bulan puasa haritu hihi. sue sekarang ada kat kampung. ada urusan kat Kota Bharu (eheh surprise!- keep on reading) Ada beberapa perkara penting yg sue nak inform sis semua.

1) e-commerce website
yg paling penting tentang e-commerce website. sue dgn hubby dah buat website baru utk eightDesigns. sis bole refer kat: http://www.muslimchicfashion.com. website masih belum siap sepenuhnya. ada banyak lagi stok yg belum masuk website tu. walaupun dulu ramai yg vote for blog, kami terpaksa jugak buat e-commerce website tu. bila stok dah banyak, order masuk banyak, Amna pun dah tak terlarat nak control order melalui blog. makan masa 1 hari suntuk reply email, dan bungkus parcel aje. so, sue fikir terpaksa lah jugak pakai e-commerce website tu sebab kebanyakan step dah automated kat sana. once sis order, bila sistem cakap available, sis terus boleh buat payment. tak perlu tunggu kami reply. kan senang gitu :) so sue harap, sis bole biasa-biasakan diri dulu utk pakai website tu ye. starting 2 November 2009 semua order mesti masuk melalui www.muslimchicfashion.com. blog sekarang www.eightdesignsboutique.com akan remain sebagai blog. kami still akan maintain blog ni utk kegunaan blog aje. nanti sis bole baca pasal berita2 eightDesigns kat sini. rajin2 la jugak jenguk blog ni ye sis. kalau ada new arrival pun, kami akan upload sikit kat blog. utk stock yg sebetulnya, sis kena tengok kat website muslimchic. errr... faham ke semua? berbelit2 pulak ayat sue eheh

2) eightDesigns Kota Bharu
haaa... perkara yg kedua, yang paling membuatkan sue pening kepala, tak bole tido malam, raya lepas pun tak bole nak raya, huhu.. eightDesigns Kota Bharu! subhanallah. walaupun pening, tapi rasa excited pun ada. alhamdulillah setelah bertungkus lumus kerja gile-gile, sue akan bukak cawangan eightDesigns di Kota Bharu Trade Centre(KBTC). utk yg tak pasti kat mana KBTC
tu, KBTC tu bangunan baru in between Pasar Besar Siti Khadijah dgn stesen bas KB. bangunan yg ada Parkson dan Giant yg baru tu. sekarang kami masih dlm proses buat design dan renovation. kedai kat tingkat 2. target bukak 1 bulan lebih lagi. nanti kami inform ye.sue harap sangat semua eightDesigns fan yg ada di Kelantan akan dtg support ye ;)

3) Kerja kosong di eightDesigns
Bila eightDesigns KB dah bukak, sue akan transfer Amna untuk manage butik kat sana. jadi kena ada sorang staff untuk ganti Amna manage butik kat b.b.bangi pulak. berikut senarai staff yg kami perlukan:
Fulltime staff kat butik B.B.Bangi = 1 orang (mesti pandai komputer, pandai English sikit2, preferably yg ada diploma)
Fulltime staff kat butik Kota Bharu = 3 orang (jaga kedai)
salary bole bincang. sesiapa yg interested atau ada kawan2 yg tengah cari kerja, bole email sue kat: sue@eightdesignsboutique.com. jangan lupa kasik no tel sis kat email ye. nanti sue akan call.

sue harap sangat2 sis semua akan terus menyokong eightDesigns (sebak pulak dlm dada). doakan kejayaan eightDesigns ye. sue ucapkan terima kasih banyak2 (
ikhlas dari hati insan kerdil bernama Norasurah) sebab ramai yg dah support eightDesigns sejak ditubuhkan 17 July tahun lepas.

hugs,
sue surah
kg belukar neteng, tumpat
kelantan

Oct 20, 2009

Customer Testimonial

Here's what our customer have to say about eightDesigns :)



Dniealias is wearing Lili's Long Cardigan 449 Black

here's a photo of me wearing your 449 black ..the size is just nice and i hear it...a lot!
thank you eight design.pleasure dealing with you guys!
dniealias.