Jan 3, 2010

Urgent : eightDesigns tarik balik baju Nur Diyana (baju rama-rama)

Salam darlings,

urgent ni. eightDesigns nak tarik balik semua baju Nur Diyana (baju rama-rama) yang sudah dijual. rasanya dah 12 helai dah jual. eightDesigns nak mintak maap banyak2 sebab baju tu tak kualiti. sue terkejut betul. sue sendiri ada amik 1 helai baju tu utk pakai sendiri. bila nak basuh, habis tanggal warna itam dari line hitam rama-rama tu. terkejut seh! jadi rasa bersalah sangat sebab dah jual. dalam stok pun ada 20 helai lebih lagi.

jadi nak mintak pada semua yang dah beli baju Nur Diyana ni, tolong pulangkan balik kepada kami ye. sis bole tukar dengan mana-mana baju yg harga sama dengan RM49. kalau nak baju yg lebih mahal, sis bole tambah duit. kalau nak tukar dgn baju yg lebih murah, kami akan pulangkan balance duit. kos penghantaran pemulangan baju dan kos penghantaran baju baru yg sudah ditukar akan ditanggung sepenuhnya oleh eightDesigns.

yg paling heran, kenapa dalam 12 org yg dah beli baju tu diaamm aje ye? tak inform eightDesigns pun yg baju tu prob. huhu kalau bole nak mintak sis semua kalau ada yg tak puas ati dgn baju atau servis eightDesigns, tolong la sgt2 inform ye. email aje ke sue@eightdesignsboutique.com. eightDesigns amat mengalu-alukan komen, cadangan, dan kritikan anda supaya kami lebih memahami anda dan dapat bagi servis terbaik.

sekian saja, harap maklum. :)

xoxo sue and the eightDesigns team


ni la baju Nur Diyana. semua kaler mesti pulang balik ye

No comments:

Post a Comment