Jan 29, 2010

eightDesigns dalam majalah WANITA Februari 2010 issue

salam darlings,

jangan lupa beli majalah WANITA isu Feb 2010 ye. majalah WANITA yang tebal tu, keluaran Utusan Karya SB. majalah WANITA ada featured baju-baju eightDesigns dalam ruangan Fesyen.

ni ada beberapa gambar :) sis tengok la ye. sesetengah baju ni di match dengan extender rekaan kak Emy Dahlia. sis boleh search www.facebook.com/X10derDahlya.com

penghargaan yang tidak terhingga kepada journalist Norashikin M.Nor dan Norfaiza Ismail atas peluang yang telah diberi kepada eightDesigns. Kami betul-betul menghargainya.


cover majalah wanita isu Feb 2010




Jan 25, 2010

butik di Kota Bharu dah bukak

salam sis,

butik di Kota Bharu dah bukak.

alamatnya:

tingkat 2,
Kota Bharu Trade Centre(KBTC)
yg ada Parkson dan Giant tu.

signage tak naik lagi. look out for pinky boutique at level 2 ye. opposite entrance to Parkson. ni ada beberapa gambar sue amik pakai camera phone. setelah mengharungi berbagai cabaran akhirnya berjaya bukak walaupun tak siap sepenuhnya lagi huhu.

jemput datang ye semua :) jgn segan2 tau.

owh ye, sue still mencari sis yg nak kerja di KB dan Bangi. hantar la resume tu. nanti kita diskas

till then, wassalam :)













Jan 23, 2010

eightDesigns KB dah mula beroperasi!!

Salam sis,

Akhirnya, setelah pelbagai dugaan & cabaran yang ditempuhi berjaya jugak Sue bukak eightDesigns KB. Walaupun kedai belum 100% siap, tapi dah sis dah boleh start membeli baju dah. Alhamdulillah jualan hari pertama agak memberangsangkan. Terima kasih tak terhingga Sue ucapkan kepada sis semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan eightDesigns. Tak ternilai harganya & tak terbalas oleh kami. Tanpa anda, siapalah kami sob sob ;)

Anyway, jemputx2la jenguk kedai kaler pink tanpa signboard di tingkat 2 KBTC (Kota Bharu Trade Center). InsyalAllah Sue yang jaga kedai, at least untill semua dah settle down.

Love,

Sue eightDesigns ;)

p.s: nak letak gambar tapi celcom broadband problem la plak huhu

Jan 20, 2010

Amalina Turtle Neck Inner (SOLD OUT)

Free size fits S, M and L
description:
Material: soft cotton, stretchable. comfortable wear.
P/S: Inner ni ada cekak kat tangan.
Price: RM29


1577 black (SOLD OUT)

Jan 11, 2010

Lili's Long Cardigans (black) akan sampai esok!

salam darlings,

your fav lili's long cardigans akan sampai esok. sis bole hantar order dulu ye. esok akan sampai yg kaler hitam dulu. yang kaler2 lain masih ada dalam stok. bole cek ye yg mana nak tu.

tengok gambar cardi ni kat sini http://www.eightdesignsboutique.com/2009/11/lilis-long-cardigans-now-available-in.html

tqvm dear. take care, wassalam

xoxo sue

Jan 8, 2010

tumpang jap

salam sis,

dalam dok sebuk bershopping tu, apa kata sis jenguk personal blog sue? sue ada tulis satu cerpen yg amat sesuai utk tatapan sis semua

www.norasurah.com


Jan 3, 2010

Urgent : eightDesigns tarik balik baju Nur Diyana (baju rama-rama)

Salam darlings,

urgent ni. eightDesigns nak tarik balik semua baju Nur Diyana (baju rama-rama) yang sudah dijual. rasanya dah 12 helai dah jual. eightDesigns nak mintak maap banyak2 sebab baju tu tak kualiti. sue terkejut betul. sue sendiri ada amik 1 helai baju tu utk pakai sendiri. bila nak basuh, habis tanggal warna itam dari line hitam rama-rama tu. terkejut seh! jadi rasa bersalah sangat sebab dah jual. dalam stok pun ada 20 helai lebih lagi.

jadi nak mintak pada semua yang dah beli baju Nur Diyana ni, tolong pulangkan balik kepada kami ye. sis bole tukar dengan mana-mana baju yg harga sama dengan RM49. kalau nak baju yg lebih mahal, sis bole tambah duit. kalau nak tukar dgn baju yg lebih murah, kami akan pulangkan balance duit. kos penghantaran pemulangan baju dan kos penghantaran baju baru yg sudah ditukar akan ditanggung sepenuhnya oleh eightDesigns.

yg paling heran, kenapa dalam 12 org yg dah beli baju tu diaamm aje ye? tak inform eightDesigns pun yg baju tu prob. huhu kalau bole nak mintak sis semua kalau ada yg tak puas ati dgn baju atau servis eightDesigns, tolong la sgt2 inform ye. email aje ke sue@eightdesignsboutique.com. eightDesigns amat mengalu-alukan komen, cadangan, dan kritikan anda supaya kami lebih memahami anda dan dapat bagi servis terbaik.

sekian saja, harap maklum. :)

xoxo sue and the eightDesigns team


ni la baju Nur Diyana. semua kaler mesti pulang balik ye