Jun 24, 2010

Peluang menjadi pengedar eightDesigns.10 orang sahaja seluruh Malaysia. 24 Jun 2010

salam dan selamat sejahtera sis yg dihargai,

setelah sekian lama mendapat banyak permintaan dan cadangan dari para pelanggan, kami di eightDesigns telah memutuskan untuk membuka peluang kepada sis semua untuk jadi pengedar jenama eightDesigns.

peluang pengedar ni terbuka kepada para pelanggan eightDesigns yang ingin mula berniaga, yang dah berniaga dan terbuka juga kepada mana-mana blogshop owner/ boutique owner yang berminat. pengedar lelaki juga dialu-alukan :)

produk pertama yg eightDesigns tawarkan untuk para pengedar ialah long cardigan yang baru, kami namakan Hanan Long Cardigan. Design sebijik macam Lili Long Cardigan, tapi kualiti diperbaiki lebih lagi. produk ni yang paling laku, eightDesigns memang confident para pengedar bole jual paling kurang 10helai cardigan dalam masa sebulan(kes paling teruk la ni).

untuk kali pertama, eightDesigns hanya buka peluang kepada 10 orang pengedar sahaja dengan modal permulaan RM1000. Pengedar boleh membuat tempahan untuk produk dengan bayaran deposit RM500 sahaja dahulu. Baki boleh dijelaskan selepas stock dah ready. Kali pertama beli mesti dengan jumlah RM1000 ke atas. Pengedar boleh datang collect barang dari butik Bangi, atau kami akan hantarkan barang secara pos. Kos pos ditanggung oleh pengedar.

perhatian: urusan bisnes pengedar hanya dijalankan di butik Bangi. Bukan di butik Kota Bharu :D

tarikh mula penyertaan untuk jadi pengedar: 24 Jun 2010.
tarikh tutup penyertaan: 2 Julai 2010 atau selepas dah penuh 10 tempat yang mana terdahulu.

Kelebihan menjadi pengedar:
1. eightDesigns akan senaraikan semua pengedar di blog dan website kami untuk tujuan promosi, supaya para pelanggan dapat hubungi pengedar secara terus.
2. Kadar keuntungan yang tinggi mengikut volume jualan.
3. Gambar produk disediakan oleh eightDesigns secara percuma. Senang untuk sis yg nak jual secara online, boleh pakai gambar kami je.
4. eightDesigns juga akan senaraikan semua pengedar dalam setiap iklan kami seperti iklan majalah, blog directories, dan lain-lain.

Syarat menjadi pengedar:
1. modal permulaan RM1000 ke atas
2. pengedar bersetuju menjual produk pada harga yang diselaraskan oleh eightDesigns.
3. hanya pengedar yang telah membuat bayaran deposit Rm500 akan disenaraikan.
4. pengedar tidak dibenarkan mengubah jenama produk eightDesigns kepada jenama sendiri.
5. semua transaction jual beli antara eightDesigns dan pengedar mesti tunai. (tak boleh hutang)
6. pengedar yang ingkar akan dilucutkan dari status pengedar.

Cara menjadi pengedar:
email butiran anda kepada sue@eightdesignsboutique.com:
Nama penuh:
umur;
Alamat:
no tel:
modal permulaan: (nyatakan berapa budget anda untuk mula berniaga)
Lokasi untuk berniaga: (cth: menara telekom jln pantai baru, menara celcom semarak, universiti teknologi petronas, uniten, ukm, uitm shah alam , johor bahru, kuantan, dan lain-lain- anda pilih sendiri. better bagitau tempat yang spesifik)

eightDesigns akan selaraskan supaya tidak ada lebih dari 2 orang pengedar dalam satu tempat :) siapa cepat dia dapat.

harga untuk pengedar tidak dapat diumumkan di sini, sis kena email sue dulu. harga produk akan jadi lebih murah kalau sis order dalam kuantiti lebih banyak. sue akan usahakan supaya pengedar dapat harga yang murah untuk dpt return yang berbaloi dan lumayan.

Hanan Long Cardigan
color: black, blue-black, grey-purple
sue akan update color cardigan kemudian.
----------------------------------------------------------------------------------------
Produk seterusnya akan dibuka kepada pengedar secara berperingkat-peringkat. Bermula bulan Julai 2010 eightDesigns akan mula membuat design baju sendiri supaya lebih tepat mengikut kehendak pelanggan. Jika sis ada cadangan design macam mana yg sis nak, bole email kepada sue gambar contoh design baju tu. sue akan usahakan. email sue: sue@eightdesignsboutique.com

sekian dulu... semoga dengan cara ni eightDesigns dapat berkongsi peluang perniagaan ni dengan sis semua ye. Doakan projek pengedar ni berjalan lancar dan diberkati Allah :) wassalam

::sue and the eightDesigns team::

Jun 16, 2010

Sleeveless Cardigans (ALL SOLD OUT)

Ammie
Measurement(inches'):
Free size fits S to M : shoulder 15 bust 30 hip up to 34 length 29
Material: knitted cotton
Description : design bahagian depan lebih labuh, inner wear not included
Price: RM48
Note: Does not come with a button/hook at the front. We used a normal safety pin in the photos below

2101 Black SOLD OUT
2103 Grey SOLD OUT 2104 Red SOLD OUT
2105 Light Brown SOLD OUT

Jun 2, 2010

New T-Shirt Collection

Farahana

Measurement(inches"):
Free Size
Fits S to M : shoulder 15 | bust 34 | hip 32 | length 30
Material: cotton
Description : zip di bhg kiri & kanan bahu, bahagian lebih labuh sedikit, vest & necklace not included
Grab now for RM35


Farahana t-shit match with vest Anis Syahira. Stylo!


Close up, details | 2112 White


2113 Grey | 2114 Light Brown