Mar 18, 2011

EDZ-Mag - Fashion & Beauty Tips 001 Pakaian Wajib ada bagi setiap Wanita.

Salam darlings!


Selamat hari jumaat, dan selamat berbahagia =D

Bermula sekarang eightDesigns akan buat satu slot EDZ-Mag (eightDesigns e-Magazine) yg bercerita pasal tips fesyen dan kecantikan yg sesuai untuk sis semua, ditulis dalam Bahasa Melayu yg ringkas dan senang difahami ;) EDZ-Mag akan di publish kat blog eightDesigns maybe setiap 2 atau 3 minggu.

Tips 001 - Pakaian Wajib Ada Bagi Setiap Wanita

Penulis: Zatil Hanan 
Editor: eightDesigns team

Landskap fesyen sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Jika dulu generasi ibu kita sering mengenakan kebaya ketat walaupun hanya keluar menonton wayang bersama rakan-rakan, namun kini kebaya hanya akan digayakan ketika menghadiri majlis-majlis kenduri ataupun acara rasmi. Jika dulu kaum lelaki suka menggayakan seluar yang ketat di paha dan mengembang ke bawah ala-ala bell bottom (tergelak tengok gambar-gambar lama ayah), kini pandangan seperti itu sudah tidak kelihatan lagi.

Sebagai seorang wanita, untuk kelihatan up-to-date pastinya akan menelan belanja yang besar kerana kita akan sentiasa mengeluarkan wang bagi membeli pakaian yang dikatakan trend terkini. Bagi mengelakkan pembaziran, kita digalakkan untuk membeli pakaian-pakaian yang tidak akan lekang dek panas, tak usang dek hujan. Hehehe. Pendek kata, selain menjimatkan wang, kita juga akan sentiasa kelihatan bergaya. Jom tengok! 

T-shirt lengan panjang warna hitam
Padankan baju ini dengan aksesori seperti rantai labuh berwarna perak atau emas, kamu akan tampil elegan

Black long sleeve shirt

Black long sleeve shirt by eightdesigns on Polyvore.com


Model memakai tshirt hitam Marina Puff Sleeve bersama necklace warna silver.



Kemeja putih
Lengkapkan penampilan dengan tali pinggang (waist belt atau clincher). Kemaja putih yang dulunya kelihatan bosan kini tampak bergaya.




Cardigan
Sarungkan sehelai tshirt ringkas bersama cardigan sekiranya kamu mahu ke acara-acara santai seperti menonton wayang bersama rakan-rakan ataupun bersiar-siar dengan keluarga. Selain selesa, cardigan juga mampu membuatkan kamu kelihatan lebih chic dan cool. 
Selain menyerlahkan penampilan, cardigan juga boleh bertindak sebagai penyelamat kamu. Bayangkan kamu mempunyai sehelai pakaian yang sungguh sarat dengan corak dan motif. Padankannya dengan cardigan, kamu akan kelihatan lebih ‘selamat’.

Jaket / blazer
Sehelai jaket mampu melengkapkan penampilan seseorang. Contohnya, dress labuh dipadankan dengan jaket akan membuatkan kamu tampak lebih outstanding.

T-shirt
Pastikan kamu memiliki beberapa helai t-shirt yang sesuai dipakai di mana-mana acara. Untuk ke pejabat, padankan dengan sehelai jaket. Untuk makan malam bersama teman-teman selepas waktu pejabat, tanggalkan jaket dan tambah beberapa aksesori ringkas untuk kelihatan lebih kasual.

Model memakai basic t-shirt color blue

Jeans
Selain selesa, seluar jeans juga lebih lasak dan paling penting, ia membuatkan seseorang itu kelihatan bergaya tidak kira sama ada dipadankan dengan sepasang kasut tumit tinggi ataupun sepasang sandal. Pastikan potongan jeans tersebut sesuai dengan potongan badan kamu.
Seluar berwarna gelap atau warna asas (hitam/kelabu/beige)
Jika dijemput ke majlis rasmi dan tidak mempunyai masa untuk membeli baju yang sesuai, padankan sahaja seluar berwarna gelap dengan kemeja labuh bersama tali pinggang (waist belt atau clincher) ataupun sehelai jaket/blazer. Kamu akan kelihatan anggun dan bersedia untuk ke majlis tersebut.

 Source : www.asos.com


Seluar warna gelap / warna asas (hitam/kelabu/beige)
Jika dijemput ke majlis rasmi dan tidak mempunyai masa untuk membeli baju yang sesuai, padankan sahaja seluar berwarna gelap dengan kemeja labuh bersama tali pinggang (waist belt atau clincher) ataupun sehelai jaket/blazer. Kamu akan kelihatan anggun dan bersedia untuk ke majlis tersebut


Dress labuh
Sebaik-baiknya belilah dress yang tidak mempunyai sebarang aksesori tambahan seperti manik dan sebagainya supaya ianya lebih fleksibel. Dress itu boleh dipakai ke majlis rasmi dengan mengenakan seutas rantai dan tudung sepadan yang bercorak. Sekiranya ingin ke acara yang lebih santai, padankan dress tersebut dengan sehelai cardigan dan kasut jenis ‘pump’ ataupun sandal biasa.

 Source : www.asos.com

Inner shirt lengan panjang
Inner shirt sangat penting terutama bagi kamu yang sukar untuk mencari baju lengan panjang yang cantik. Bagi yang bertudung, kamu akan kelihatan janggal sekiranya memakai baju lengan pendek. Jadi, padankan baju tersebut bersama inner shirt dan kamu akan kelihatan lebih sopan.


Sekian =D
Nantikan next slot EDZ-Mag dgn topik menarik akan datang-  hint: rambut

Dipersilakan copy dan share bersama rakan-rakan, tapi mesti credit kepada eightDesigns di link ini: www.eightdesignsboutique.com atau www.edz.com.my (n_n)

Kalau suka boleh LIKE :)

3 comments:

  1. salam...nnt bg la tips utk fashion retro 70s yg sesuai bg yg pki tudung..pls...tq!!

    ReplyDelete
  2. tips for korean style with hijab pliss..

    ReplyDelete